Search This Blog

Monday 25 February 2013

Apam Coklat Feveret Irfan

    Assalam dear.....

    Monday blues hari ni. Rasa mcm malas je nak g kerja, tapi tanggungjawab mesti ditunaikan.
Hari ni nak bagi resepi apam coklat feveret Irfan. Kalau dah lama tak buat kuih ni, dia mesti request. Suka benar dia dengan kuih apam ni. Rasanya memang sedap. Nasib baik le nak buatnya senang.

    Ok, malas nak celoteh panjang. Jom kita tengok resepinya. Resepi ni, akak aku yang bagi.




RESEPI APAM COKLAT

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 sdt soda bikarbonat
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/jagung/canola
1 cwn air panas
1 sdt esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung,koko dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula sampai kembang.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul rata.
4. Masukkan minyak masak dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan campuran tepung,koko & bikarbonat.Gaul hingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul rata.
7. Sediakan acuan,sapukan acuan lompang dengan minyak.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang.Tuang separuh acuan sahaja.
9. Kukus selama 10 minit.
10. Dah siap.

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment